Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh…
Sejak persatuan ini ditubuhkan, permohonan pelajar untuk menyertai Persatuan Matematik Sains dan Teknologi (PMST) agak memberangsangkan. Saya selaku Ketua Guru Penasihat Persatuan dan Matematik Sains dan Teknologi sangat mengharapkan sokongan terutamanya daripada rakan guru dalam menjayakan apa jua aktiviti persatuan yang akan kita laksanakan pada tahun ini. Sebagai sebuah sekolah bertaraf elit dan menuju era Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan bertaraf “Cluster School” seharusnya mempunyai pelajar yang cerdas, cergas dan pantas dalam menyahut segala cabaran dalam dunia pendidikan masa kini yang sudah berada dalam arus globalisasi.
Penubuhan persatuan ini penting dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang celik sains dan cekap matematik dan menseimbangkan antara perkembangan akademik (mental) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan meningkatkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam bidang sains dan yang berkaitan dan sebagai langkah mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah, disamping dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Adalah djuga diharapkan Persatuan ini dapat memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan dalam bidang sains dan mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan harian, memperkembangkan ciri-ciri sosial seperti kerjasama, teamwork, kesepaduan, bertimbangrasa, tekun, kreatif, inovatif dan lebih efektif dalam menjayakan sesuatu rancangan.
Pelajar juga dilatih untuk menjadi pemimpin di dalam sesebuah organisasi dengan mendapat kemahiran-kemahiran asas dalam kepimpinan, dapat melatih pelajar supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri dan apabila menyambung pelajaran ke pusat pengajian yang lebih tinggi dan seterusnya kepada masyarakat.
Akhir kata saya mengharapkan kepada semua guru dan pelajar yang menjadi ahli PMST ini akan memberi sumbangan idea, tenaga dan apa saja yang membawa kepada kemajuan persatuan ini sesuai dengan slogan,
“Kreatif , Inovatif dan Efektif Menjana Wawasan”
Sekian, Wassalam
Cg Norisah bt Mustaffa
(Ketua Penasihat Persatuan Matematik dan Sains Teknologi)
Cg Norisah bt Mustaffa
(Ketua Penasihat Persatuan Matematik dan Sains Teknologi)
0 comments:
Post a Comment