KREATIF, INOVATIF DAN EFEKTIF MENJANA WAWASAN

KREATIF, INOVATIF DAN EFEKTIF MENJANA WAWASAN

Untuk melahirkan satu masyarakat yang dinamik dan berdaya maju serta mampu bersaing di arus perdana dan globalisasi, pelajar masa kini seharusnya dilatih agar mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Kreativiti yang tinggi akan membuahkan daya inovasi dikalangan mereka lebih-lebih lagi untuk merealisasikan sebuah masyarakat yang cerdik pandai dan pintar dalam sebuah negara perindustrian menjelang wawasan 2020.

Justeru itu segala usaha mesti efektif supaya dapat mewujudkan satu masyarakat bertamaduun dengan nilai-nilai jati diri yang kuat berpaksikan ajaran agama (Islam) dalam membangun sesebuah negara dan seterusnya dapat memenuhi hasrat dalam membangun modal insan.

Anda Pelawat Yang Ke:

Saturday 14 May 2011

Kata Aluan Pengerusi PMST Smaasza



Assalamualaikum wbt..

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PMST 2011 kerana memilih saya sebagai Pengerusi bagi PMST tahun 2011. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Guru Penasihat PMST kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dari masa ke semasa.

Saya percaya Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain daripada itu ,melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing dengan Study Group dan kerja-kerja berkumpulan. Ini  juga dapat melatih pelajar bertanggungjawab terhadap diri, rakan sepersatuan, warga sekolah dan seterusnya kepada masyarakat. Kami juga mengharapkan dapat mengaplikasikan ilmu sains dan matematik yang dipelajari di sekolah ke dalam kehidupan harian.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan kami juga yakin akan mendapat pendedahan cara-cara berperanan di dalam sebuah organisasi di mana team work yang bersepadu adalah menjadi tunjang kepada keupayaan kami dalam menjayakan sebarang program yang akan kami sertai. Tunjuk ajar, bimbingan dan ciri-ciri kepimpinan daripada guru-guru penasihat adalah sangat kami hargai dan akan mengambil peluang ini dengan sepenuhnya sebagai pengalaman yang amat berharga.

Akhir kata saya berjanji akan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk PMST bersama-sama dengan ahli-ahli persatuan sepertimana yang telah dijadualkan dari masa ke semasa dengan bantuan dan garis panduan daripada guru penasihat semua. Sebarang idea daripada ahli-ahli persatuan juga diperlukan untuk melancarkan perjalanan aktiviti-aktiviti PMST. Hidup PMST untuk SMAASZA.

“Kreatif, Inovatif dan Efektif Menjana Wawasan”


Terima kasih
Mohd Mohsin Nur Anuar
Pengerusi PMST SMAASZA 2011

0 comments:

Post a Comment

Pages