Aktiviti sungguh menarik minat pelajar dan mereka sangat teruja sepanjang 3 jam di sana.
Sebaik sahaja sampai mereka telah meluru ke benteng di tepi laut dan mula berposing......hahaha, begitulah pelajar zaman sekarang...segalanya untuk diabadikan. Maklumlah zaman persekolahan ialah masa yang paling banyak dengan nostalgia dan kenangan terindah.
Cuaca sungguh nyaman, cerah, ceria dan terang....Pelajar diingat akan kebesaran Allah SWT Pencipta alam yang penuh dengan keajaiban ini. Subhanallah. KebesaranMU tidak terjangkau oleh manusia.
Pelajar mula mengumpul karangan laut.....sangat tekun untuk menyertai pertandingn merekacipta ini. Nanti kita akan dapat lihat daripada kreativiti masing2. Tempoh untuk mneyiapkan hasil masing-masing ialah selepas 2 minggu aktiviti perkelahan ini.
Hahahhaa....sampai merangkak-rangkak Wan Moh Muqri dan mohd Muhsin....sangat teruja.
Serius, dan minat....
Yang ini pulak, kejap-kejap rehat, kejap snap gambar...alahai!
Siap buat peace lagi...
Apa yang ditemui tu, terbelek2....
pemandangan yang indah
Tidak terasa hari te;ah petang...
Dah letih, tiba masa makan.....menjamu selera. Menu hari itu : mee goreng, keropok lekor, buah tembikai, kueh onde2, kueh popia berlada......hmmm memang berselera budak2 ni makan.
Release tension dan rehat fikiran,setelah sepanjang minggu mengulangkaji pelajaran sebab mereka akan mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada minggu berikutnya.
santai......
Di kejauhan....langit yang membiru dengan tompokan awan memutih, sedap mata memandang. Damai, tenang dengan hembusan bayu yang lembut......hahahah puitis bunyinya.
Cikgu pun rileks jer......anak2 sedang bermain di tepi pantai.
Wau yang dijual menari minat kanak-kanak.....hmmm rasa nak kembali ke zaman itu, heheheh, rasa banyak sangat perkara yang nak buat. Happy jadi kanak2. Sungguh seronok.Putera harapan Smaasza.
Pemudi tiang negara............
Pemuda harapan bangsa....
Nanti kita berjumpa lagi pada entry yang akan datang,....sudah tentu dengan kreativiti masing-masing. Hadiah menanti anda dengan kreativiti yang paling kreatif.
0 comments:
Post a Comment