KREATIF, INOVATIF DAN EFEKTIF MENJANA WAWASAN

KREATIF, INOVATIF DAN EFEKTIF MENJANA WAWASAN

Untuk melahirkan satu masyarakat yang dinamik dan berdaya maju serta mampu bersaing di arus perdana dan globalisasi, pelajar masa kini seharusnya dilatih agar mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Kreativiti yang tinggi akan membuahkan daya inovasi dikalangan mereka lebih-lebih lagi untuk merealisasikan sebuah masyarakat yang cerdik pandai dan pintar dalam sebuah negara perindustrian menjelang wawasan 2020.

Justeru itu segala usaha mesti efektif supaya dapat mewujudkan satu masyarakat bertamaduun dengan nilai-nilai jati diri yang kuat berpaksikan ajaran agama (Islam) dalam membangun sesebuah negara dan seterusnya dapat memenuhi hasrat dalam membangun modal insan.

Anda Pelawat Yang Ke:

Monday 16 May 2011

Soap Bubbles & Mathematics

SOAP BUBBLES AND MATHEMATICS

A soap bubble is a very thin film of soap water that forms a sphere with an iridescent surface. Soap bubbles usually last for only a few moments and then burst either on their own or on contact with another object. They are often used as a children's plaything, but their usage in artistic performances shows that they can be fascinating for adults too. Soap bubbles can help to solve complex mathematical problems of space, as they will always find the smallest surface area between points or edges.

  Pada hari Ahad 8hb Mei 2011 bertempat di Dewan Datuk Jalaluddin , Fakulti Sains UMT, Gong Badak, Kuala Terengganu telah diadakan satu " Mathematics Talk Show " yang dinamakan SOAP BUBBLES MATHEMATICS. Program ini di sampaikan oleh Frank Morgan, Atwell Professor of Mathematics at Williams College.
Program Talk Show ini dianjurkan oleh JPN dan Fakulti Sains UMT , dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.

Hanya idea dari satu gelembung buih sabun , manusia boleh membuat duit, berjalan diseluruh dunia mencipta nama, digelar ilmuan dan berjaya membuka minda orang-orang yang telah pandai dan minda orang2 yang memang sudah terbuka mindanya! Bagaimana, ye!


Mathematics spend our lives trying to minimize and maximize things, and mathematicians are trying to solve that issue and look for simplest examples."


Kelihatan Profesor Morgan sedang meniup buih sabun sambil diperhatikan pelajar sebagai set induksi pada program tersebut.
"You can understand anything in nature by understanding its effort to minimize energy," Morgan said.


Frank Morgan, Atwell Profesor Matematik di Williams College, bicaranya yang terutama sekali ialah  berkaitan dengan pengoptimuman. Ia menyelidiki bagaimana mengoptimalkan bentuk dengan permukaan yang paling minimum.


Pembantu Morgan meniup buih sabun sementara beliau bercakap dengan pelajar dan guru..



Berbual dengan Dekan dan Pensyarah UMT.


Dekan Fakulti Sains UMT sedang memberi ucapan aluan.

Mathematics
is the science and study of quantity, structure, space, and change. Mathematicians seek out patterns, formulate new conjectures, and establish truth by rigorous deduction from appropriately chosen axioms and definitions.


Morgan berkata gelembung sabun berbentuk bulat, bukanlah kerana molekul yang membentuk mereka berbentuk bulat, tetapi kerana mereka "berupaya untuk berada dalam isipadu udara yang diberi dengan luas permukaan yang lebih kecil dan tenaga yang sedikit," kata Morgan.


"Ini lebih dari isu geometrik kerana sebuah sfera (bebola) mempunyai luas kawasan yang paling kurang menempatkan diri di diruang udara.,"




Demonstasi dengan meniup buih sabun pada slide OHP projector.

Antara pelajar sekolah yang hadir.

Mengajukan soalan-soalan yang membuktikan penemuannya melalui gelembung buih sabun.

Teorem gelembung berganda menyatakan bahawa :
  Gelembung berganda "menyediakan paling kurang ukuran perimeternya untuk memasukkan dan memisahkan dua isipadu yang bercantum.

Boleh anda huraikan jawapan kepada persoalan diatas?


Kelihatan pelajar, Fauziah Zainal Abidin sedang menjawab soalan daripada Morgan.
"If we can understand soap bubbles, we can solve other problems," he added. "What's amazing about the soap bubbles is that we can now prove beyond any doubt what's best. Isn't math amazing?"


Ini pelajar saya , pelajar tingkatan 3 daripada SMAASZA

Pelajar lelaki

Harap mereka memahami apa yang diutarakan.....

Bergambar kenangan bersama En Morgan.


mereka sangat teruja...

Bersama dengan pegawai-pegawai di JPNT.

Bersama dengan guru-guru pengiring daripada beberapa buah sekolah.

Mengabadikan kenangan...



Bersama dengan pegawai JPNT dan UMT

The mathematician Benjamin Peirce called mathematics "the science that draws necessary conclusions".
,
"As far as the laws of mathematics refer to reality, they are not certain; and as far as they are certain, they do not refer to reality." -  Albert Einstein
,
"Selagi undang-undang matematik merujuk pada realiti, ia tidak tertentu, dan sejauh mana  ia pasti, ia tidak merujuk pada realiti." -
Albert Einstein

Saturday 14 May 2011

Aktiviti: Perkelahan Menikmati Keindahan Laut dan Pantai

Pada 6hb Mei jam 3.00 ptg PMST telah mengadakan satu aktiviti perkelahan. Seramai 32 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring telah sama-sama menyertai perkelahan ini di Pantai Teluk Ketapang , kira-kira 10 km dari bandar Kuala Terengganu. Tujuan utama aktiviti ini ialah untk mengumpul bahan-bahan karangan laut dan juga bahan-bahan terbuang untuk dijadikan bahan seni rekacipta untuk hiasan,
Aktiviti sungguh menarik minat pelajar dan mereka sangat teruja sepanjang 3 jam di sana.

Sebaik sahaja sampai mereka telah meluru ke benteng di tepi laut dan mula berposing......hahaha, begitulah pelajar zaman sekarang...segalanya untuk diabadikan. Maklumlah zaman persekolahan ialah masa yang paling banyak dengan nostalgia dan kenangan terindah.

Cuaca sungguh nyaman, cerah, ceria dan terang....Pelajar diingat akan kebesaran Allah SWT Pencipta alam yang penuh dengan keajaiban ini. Subhanallah. KebesaranMU tidak terjangkau oleh manusia.

Pelajar mula mengumpul karangan laut.....sangat tekun untuk menyertai pertandingn merekacipta ini. Nanti kita akan dapat lihat daripada kreativiti masing2. Tempoh untuk mneyiapkan hasil masing-masing ialah selepas 2 minggu aktiviti perkelahan ini.

Hahahhaa....sampai merangkak-rangkak Wan Moh Muqri dan mohd Muhsin....sangat teruja.

Serius, dan minat....

Yang ini pulak, kejap-kejap rehat, kejap snap gambar...alahai!

Siap buat peace lagi...

Apa yang ditemui tu, terbelek2....


pemandangan yang indah

Antara objektif yang dicapai melalui aktiviti sebegini ialah, memupuk sikap kerjasama dan berolak ansur, bersatu berpadu tenaga dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Tidak terasa hari te;ah petang...


Dah letih, tiba masa makan.....menjamu selera. Menu hari itu : mee goreng, keropok lekor, buah tembikai, kueh onde2, kueh popia berlada......hmmm memang berselera budak2 ni makan.


Release tension dan rehat fikiran,setelah sepanjang minggu mengulangkaji pelajaran sebab mereka akan mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada minggu berikutnya.

santai......



Di kejauhan....langit yang membiru dengan tompokan awan memutih, sedap mata memandang. Damai, tenang dengan hembusan bayu yang lembut......hahahah puitis bunyinya.



Cikgu pun rileks jer......anak2 sedang  bermain di tepi pantai.
Wau yang dijual menari minat kanak-kanak.....hmmm rasa nak kembali ke zaman  itu, heheheh, rasa banyak sangat perkara yang nak buat. Happy jadi kanak2. Sungguh seronok.







Putera harapan Smaasza.

Pemudi tiang negara............

Pemuda harapan bangsa....
Nanti kita berjumpa lagi pada entry yang akan datang,....sudah tentu dengan kreativiti masing-masing. Hadiah  menanti anda dengan kreativiti yang paling kreatif.

Pages